Tuesday, 5 March 2013

SEJARAH GERAKAN KOPERASI

SEJARAH GERAKAN KOPERASI

Idea menyelesaikan masalah secara kolektif melalui prinsip persaudaraan dan tolong menolong mula tercetus semasa revolusi perindustrian pada abad ke-18 di Eropah. Ketika itu, masyarakat ditindas, sumber kekayaan diagih secara tidak adil dan berlakunya kenaikan harga barangan. Akibatnya, taraf hidup rakyat semakin menurun dan paras kemiskinan di kalangan rakyat semakin meningkat. Idea ini telah membawa kepada perkembangan gerakan koperasi di Eropah pada abad ke-19. Koperasi pertama ditubuhkan iaitu The Rochdale Equitable Pioneers di Britain dalam tahun 1844 adalah koperasi pengguna. Gerakan koperasi kemudian berkembang ke negara lain dan merentasi benua termasuk Asia Tenggara dengan penglibatan dalam pelbagai sektor ekonomi.


Di Malaysia, koperasi diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah di bawah sistem padi kunca dan masalah keberhutangan di kalangan penjawat awam di bandar. Pada tahun 1922, Pejabat “Sharikat Bersama-sama Kerja Kerana Bantu Membantu”1 telah ditubuhkan di Taiping, Perak. Dalam tahun yang sama, Co-operative Societies Enactment 1922 diperkenalkan untuk mengawasi sharikat kerjasama yang kini dikenali sebagai koperasi. Penubuhan koperasi bertujuan menggalakkan jimat-cermat, menolong diri sendiri dan bekerjasama di kalangan mereka yang mempunyai keperluan yang sama. Sehingga tahun 2001, fokus utama dalam dasar kerajaan berkaitan koperasi ialah pematuhan perundangan koperasi bagi mengawal selia gerakan koperasi. Pada tahun 2002, julung kalinya kerajaan telah mengeluarkan dasar khusus yang memeta hala tuju koperasi.

1 comment:

  1. Sertai kami di 1kubsb untuk diskaun dan rebat tunai koperasi tuan/puan.

    ReplyDelete