Tuesday 5 March 2013

SEJARAH GERAKAN KOPERASI

SEJARAH GERAKAN KOPERASI

Idea menyelesaikan masalah secara kolektif melalui prinsip persaudaraan dan tolong menolong mula tercetus semasa revolusi perindustrian pada abad ke-18 di Eropah. Ketika itu, masyarakat ditindas, sumber kekayaan diagih secara tidak adil dan berlakunya kenaikan harga barangan. Akibatnya, taraf hidup rakyat semakin menurun dan paras kemiskinan di kalangan rakyat semakin meningkat. Idea ini telah membawa kepada perkembangan gerakan koperasi di Eropah pada abad ke-19. Koperasi pertama ditubuhkan iaitu The Rochdale Equitable Pioneers di Britain dalam tahun 1844 adalah koperasi pengguna. Gerakan koperasi kemudian berkembang ke negara lain dan merentasi benua termasuk Asia Tenggara dengan penglibatan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Sunday 3 March 2013

Pengenalan








Didaftarkan pada 7hb Januari, 2004 di bawah Akta Koperasi dengan No. Pendaftaran 4518 / 7.1.70 dengan nama Koperasi Pembangunan Sungai Sireh Selatan Bhd. Mulai 20hb Mac, 2008 dan memiliki ladang berikut 
  1. Ladang Sungai Ambat, Mersing, Johor dengan keluasan 4,857 ekar.
  2. Ladang Bukit Keramat, Bahau, Negeri Sembilan dengan keluasan 1,235 ekar.
Mulai tahun 2008 Anggota Lembaga Koperasi telah membuat keputusan hanya akan melaksanakan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pertanian dan perladangan sahaja. Aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilaksanakan pada masa sekarang ialah :-

  1. Operasi ladang milik sendiri.
  2. Kontrak pembangunan dan pengurusan ladang milik pihak ketiga.
  3. Tapak semaian sawit.
  4. Perniagaan Input Pertanian dan peralatan ladang.
  5. Ternakan lembu secara integrasi.
  6. Kontrak membeli buah sawit.
  7. Hartanah.
  8. Pembekal minyak jenama NANOLUBE